Khamis, 25 Februari 2016

Bahaya Puting Tiruan Pada Kanak-Kanak

Posted: 25 Feb 2016 05:47 AM PST
Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa diseluruh dunia puting tiruan atau getah silikon berbentuk watak kartun digunakan untuk menenangkan anak kecil yang meragam.

Namun kalau dilihat di negara kita penggunaan puting tiruan atau dikenali sebagai puting tipu ini dan juga getah silikon agak ramai.

Tahukan anda bahawa bahawa puting tiruan dan ketah silikon yang diberikan kepada bayi anda berkenaan sebenarnya merupakan 'lubuk' kuman.


Namun diperkembangan terbaru dilihat ramai ibu bapa yang mula sedar dan tidak menggunakakkannya selain bimbang ia boleh memberi kesan kepada pembentukan gigi yang teratur.

Berikut beberapa kebaikan dan keburukan selain tip berkaitan peng­gunaan puting untuk dijadikan panduan ibu bapa yang dipetik dari Portal Harian Metro.

1. Ia mungkin menenangkan anak dan membantunya tidur.

2. Ia mungkin membantu mendidiknya untuk menghisap lebih kuat ketika minum susu ibu.

3. Menghisap puting dalam jangka lama mungkin menggalakkan bakteria daripada mulut bergerak ke tiub sempit antara bahagian telinga dan tekak.

4. Penggunaan puting tiruan boleh memberi kesan kepada struktur mulut dan menyebabkan mukus di bahagian tiub Eustachian pada bahagian tekak tidak dapat dikeringkan.

5. Penggunaan puting terlalu lama atau melebihi usia dua tahun boleh menyebabkan perubahan pada pertumbuhan giginya dan membuatkan gigi atas dan bawah tidak selari.

6. Yayasan Kesihatan Pergigian British menolak penggunaan puting, selain menggalakkan ibu bapa memastikan anak mereka tidak menghisap ibu jari sebagai ganti puting.

7. Terlalu lama menghisap puting juga boleh membuatkan kanak-kanak lambat bertutur dan tidak tahu membuat bunyi tertentu.

8. Jika memilih memberi puting pada anak, harus dipastikan ia disteril dan dibersih­kan sekerap mungkin.

9. Keadaan puting harus diperiksa selalu bagi memastikan ia tidak ada rekahan atau koyakan yang boleh memerangkap kuman.

10. Jangan sesekali mencelup puting dalam makanan manis, madu atau jus dalam usaha membuatkannya menghisap puting dan tidak menangis kerana ia boleh menyebabkan gigi mereput.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan