Ahad, 6 Mac 2016

TANDA-TANDA TEORI R.A.H.M.A.N BENAR


Tuesday, 16 July 2013

TANDA-TANDA TEORI R.A.H.M.A.N BENAR



Mengapa perlu tolak Najib segera? Kerana agenda transformasi Najib terlalu merugikan Islam Melayu dan Negara.

1.     Zamannya lah Injil Bahasa Melayu dibenarkan masuk dalam negara.

2.     Zamannya lah Injil Bahasa Melayu dibenar dicetak dalam negara ini. Inilah kemuncak mubaligh-mubaligh Kristian mahukan  menjalankan pengkristianan umat Islam.

3.     Zamannya ISA dihapuskan dan membuatkan kaum lain sangat kurang ajar, biadap dan berani menyerang kepentingan Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu.

4.     Di zamannya Akta Perhimpunan Aman dipinda menjadikan negara semakin kacau bilau.

5.     Di zamannya lah Akta Ordinan Darurat dihapuskan membuatkan gengster-gengster bahaya berleluasa sekarang dan meningkatkan kejadian jenayah.

6.     Di zamannya lah Akta Hasutan pula dihapuskan (11 Julai 2012).

7.     Di zamannyalah paling banyak liberalisasi pelbagai sektor yg pastinya menghilangkan kepentingan org Melayu dalam ekonomi. Zaman Tun M ada juga tapi sedikit sahaja dalam setahun dan selama 22 tahun Tun M perintah boleh dikira sektor-sektor yang diliberalisasikan. Tapi zaman Najib dalam 5 tahun hampir semua mahu dihilangkan dari genggaman org Melayu. Ganasnya Najib lakukan liberalisasi.

8.     Di zaman Najiblah kemahuan kaum Cina dilayan begitu kuat sekali sehingga permintaan orang Melayu dipandang sepi. Sebenarnya orang Melayu tidak minta apa yang baru. Orang Melayu mahu haknya tidak diusik sahaja. Sedangkan kaum Cina monopoli ekonomi negara begitu besar sekali tetapi Najib terus memberi segala tuntutan mereka dan lebih sedih hak Melayu diambil beri kepada kaum Cina.

9.     Di zaman Najiblah rakyat yang paling biadab dan kurang ajar dilantik menjadi anggota Kabinet. Malah utk mendapatkan sokongan Hindraf Najib sanggup akur untuk berjanji kuil-kuil Hindu tepi jalan tidak akan dirobohkan demi mendapat sokongan kaum India.

10.  Zaman Najiblah kaum India paling ramai menjadi anggota Kabinet dalam sejarah pimpinan Negara.

11.  Di zaman Najiblah ramai pendakwah kristian dalam barisan Kabinet Negara.

12.  Di zaman Najiblah BN paling sedikit mendapat majoriti dalam Dewan Rakyat.

13.  Di zaman Najiblah biasiswa pelajar-pelajar Cina mendapat biasiswa hampir sama banyak dengan pelajar Melayu.

14.  Di zaman Najiblah peruntukan sekolah Cina mendapat peruntukan paling banyak dalam sejarah kepimpinan Negara.

15.  Di zaman Najiblah isteri PM memainkan peranan penting urusan kerajaan.

16.  Di Zaman Najiblah gereja-gereja mendapat peruntukan yang begitu banyak dalam sejarah pimpinan Negara.

17.  Di zaman Najiblah banyak pegawai Cina ditempatkan dalam GLC-GLC.

18.  Di zaman Najiblah semakin ramai Melayu2 liberal.

19.  Di zaman Najiblah keputusan Kabinet ditarik balik dari diteruskan dibawa ke Dewan Rakyat.


20.  Di zaman Najiblah...ahh terlalu banyak hendak direkodkan di sini...tambahlah sendiri dengan sejujurnya. Terima kasih.



Nota : Ini cuma pandangan seseorang yang SB kutip di FB miliknya. Jangan lekas melatah, sebaliknya nilaikan setiap point yang dikemukakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan